I've read about this..so just want to share. Be careful friends.
 | 
      
Friday, March 12, 2010
 | 
      
Labels:
Kesihatan

KAJIAN Fakulti
 Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) ke atas 12 
sampel isi daging ikan (surimi) digunakan dalam bebola ikan yang diambil daripada beberapa pasar raya di sekitar Putrajaya dan Nilai,Negeri Sembilan didapati mengandungi bahan tidak halal dalam produk berkenaan.
Kajian
 awal yang dilakukan itu mendapati bebola ikan berkenaan mengandungi 
plasma darah haiwan yang dicampurkan di dalam ramuan bebola ikan bagi 
menambahkan kualiti bebola ikan, selain mencantikkan produk itu supaya 
nampak lebih kenyal dan gebu.
Pensyarah
 Fakulti Sains dan Teknologi Usim, Prof Dr Salmah Yusof, ketika 
mendedahkan hasil kajian itu menyatakan plasma darah kaya dengan protein
 yang boleh membantu memberi ciri-ciri yang lebih baik serta kualiti kepada sesuatu produk makanan seperti kekenyalan, mudah dihiris dan berwarna putih.
Lazimnya,
 beliau berkata, semua bahan itu boleh diperoleh daripada plasma darah 
ternakan seperti ayam, lembu dan babi. Katanya, penggunaan plasma darah 
ternyata tidak dibenarkan di dalam Islam kerana ia adalah haram.
“Kajian
 yang dilakukan bulan lalu, mendapati bebola ikan itu positif daripada 
bahan tidak halal iaitu mengandungi plasma darah haiwan. Kita juga akan 
melakukan kajian secara menyeluruh sedikit masa lagi bagi mendapatkan 
maklumat lengkap mengenainya.
“Kita menggunakan `teknik enzime linked immuno sorbent assay` (Elisa), iaitu teknik yang lebih cepat dari segidapatan
 kajian dan lebih menjimatkan masa,” katanya ketika ditemui pada seminar
 Minggu Pelancongan Islam dan Halal Antarabangsa, baru-baru ini.
Surimi
 dijadikan bahan kandungan asas bagi produk seperti sosej, bebola ikan, 
udang, ketam, mee, isi ketam tiruan produk makanan lain.
Justeru,
 tidak mustahil, hasil kajian menunjukkan untuk meningkatkan dan 
mengekalkan kestabilan kualiti surimi, protein plasma darah haiwan 
dicampur ke dalam surimi. Plasma adalah bahagian cecair yang tidak 
berwarna sebahagian daripada darah. Secara sederhana, ia diasingkan 
daripada darah melalui kaedah pengemparan. Selepas diasingkan, plasma 
ini dikeringkan dengan alat pengering sembur sehingga berbentuk serbuk.
Salmah berkata, ketika ini, pihaknya belum melaporkan hasil kajian berkenaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai produk itu daripada pasar raya di Putrajaya dan Nilai berkenaan didapati tidak halal atas alasan tertentu.
Bagaimanapun, bagi memenuhi tanggungjawab sebagai umat Islam, beliau melalui pembentangan kertas kerjaatau ceramah yang dihadiri akan menyebarkan maklumat mengenai isu halal haram ke atas produk makanan.
Katanya,
 berdasarkan pemerhatiannya dan maklumat dan pengetahuan, seseorang 
boleh tahu dan mencurigai sesuatu makanan atau minuman yang dibeli itu 
halal atau sebaliknya.
Sebagai
 contoh, bentuk fizikal bebola ikan yang dilihat cantik, sempurna dan 
berkualiti pembuatannya seperti kenyal lazimnya mengandungi plasma darah
 haiwan.
“Oleh
 itu, orang ramai seharusnya prihatin apabila ingin membeli produk 
berasaskan produk isi daging seperti bebola ikan, ketam atau sosej 
kerana ia mungkin mengandungi bahan yang tidak halal. Kita perlu ada 
sifat ingin tahu dan sensitif mengenai perkara ini supaya tidak termakan
 bahan halal.
“Malah,
 dalam hadis riwayat At-Tabarani juga menjelaskan setiap daging yang 
tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya,” 
katanya.
Salmah
 berkata, keraguan terhadap penggunaan plasma darah haiwan dalam makanan
 juga sudah banyak disebarkan di dalam jurnal oleh pakar saintis yang 
sering memberi penekanan mengenai kewujudan plasma darah haiwan ke dalam
 beberapa produk makanan.
Beliau menegaskan, tidak mustahil bahan sama digunakan dalam produk berkaitan di negara ini.
Justeru, Usim juga akan memperluaskan kajian ke atas produk berasaskan sosej, tahun depan.
Mengulas
 lanjut, Salmah berkata, kerjasama menyeluruh membabitkan pelbagai pihak
 bermula dari peringkat industri, pakar, pengkaji dan Jakim serta agensi
 berkaitan perlu dipergiatkan bagi menangani kesedaran mengenai isu 
halal termasuk produk makanan, kosmetik, minuman dan farmaseutikal.
 
 
No comments:
Post a Comment